Friday 10 January 2020

Ahh-mazing Surah al-Fatihah

SURAH AL-FATIHAH  diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. 

Surah ini disebut al-Fatihah (pembukaan) kerana surah ini adalah pembukaan atau permulaan al-Quran.

Surah ini juga dinamakan “Ummul Quran” (induk al-Quran) atau “Ummul Kitab” (induk Al-Kitab) kerana ia merupakan induk dan intisari bagi isi kandungan al-Quran. Al-Bukhari mengatakan: “Dinamakan dengan Ummul Kitab kerana surah tersebut menjadi surah pembuka dalam penyusunan mashafnya, dan juga menjadi pembuka pada bacaan dalam solat.”

Dinamakan juga “As-Sab’ul matsaani” (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya yang tujuh dibaca berulang-ulang dalam solat. 

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١

1.Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ 

2. Segala puji bagi Allah, Rab alam semesta

ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ 

4. Yang menguasai Hari Pembalasan

إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus

صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧

7. (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

_

Well, semua orang dh tahu ttg sejarah dan kelebihan surah pembuka ni.. cuma saya nk share tentang pengalaman sendiri bersama surah pembuka ini shj. 

Mungkin juga sahabat2 yg membaca ni boleh amalkan jika berada di situasi saya akan datang. 

1. Barang hilang. 

Ini saya kongsi pengalaman salah seorang guru saya. Pouch bag beliau hilang di airport, dalam tu ada banyak barang berharga yg kalau total almost ribu-ribu. Ya, dia sayang sangat brg2 tersebut especially extract roses dr Maghribi hadia dr guru beliau. Rare and expensive gift kata nya. 

Apa beliau buat bila semasa tu? 

Beliau hanya senyum. Ya, senyum ok! Kalau saya dah gelabah, menangis, susah hati, salahkan diri sendiri cuai dgn barang sendiri. 

Saya tanya beliau, macam mana boleh tenang? 😅

Beliau senyum dan jawab dengan tenang,

"InsyaAllah saya akan dpt balik beg tersebut. Jika milik saya, tetap milik saya. Allah Maha Baik, saya dah serahkan bulat2 kepada Allah.."

Terkesima saya dibuat nya! Ya sahabat2, beliau hanya serahkan pouch bag kesayangan beliau dalan jagaan Allah. Beliau sambung lagi.. 

"Saya dah hadiahkan surah al-fatihah kepada sesiapa yg jumpa beg saya tu. Saya doakan hatinya tergerak utk simpan atau letak di tempat yg sy akan jumpa.." 

This is it! Bukan kah doa itu senjata orang mukmim. 

Ya sahabat2 sekalian, Alhamdulillah, dengan izin Allah, beliau dapat balik pouch bag nya. Pembantu beliau dh contact n pergi balik le aiport untuk cari bag tersebut. As simple as that. Hadiah surah al- fatihah kpd si penjumpa barang dan serah bulat2 kepada Allah.. Allah sangat Maha Baik. 

Kisah #2 

Pasal isu sensitif iaitu hutang (yg mana sy tukarkan kpd perkataan amanah) dan kawan. 

Ini pula saya refer kepada ustaz pasal isu ni. Ya lah, orang tak bayar amanah ni satu hal. Yg ber-amanah pula kenalan kita. Nk minta segan, itu lah kita kan baikkkkk 🤭. 

Apa ustaz bgtau saya? 

1. Sedekah al-fatihah kepada kenalan kita itu setiap pagi dan malam. 3x 7x atau 11x. 

2. Doakan dgn ikhlas kenalan kita tu di murahkan rezeki yg berpanjangan, berterusan supaya dapat bayar balik amanah2 beliau. 

3. Serahkan kepada Allah Ya Mughni, Ya Sami urusan amanah kita n kenalan tersebut. Yakin Allah Ya Sami dengar doa kita dan Yakin Allah Ya Mughni akan kabulkan permintaan. 

Simple tapi deep! Bukan kah jika kita mendoakan kebaikan orang lain, berganda2 kebaikan yg akan datang kepada kita :) 

_

Hidup ini payah kalau kita yg payahkan dan hidup ini sangat simple kalau kita uruskan dengan tenang. Apa yg jadi, berpaling lah kepada Allah Yang Satu. Hanya Dia dan kepada Dia tempat yang layak kita bergantung harap. 

Seisi alam berada dalam genggaman kita jika Allah dalam hati kita. 

Innallah ma'ana.

(Sesungguhnya Allah bersama kita)

 Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir. 

'Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.'

Tuesday 31 December 2019

Happy New Year 2020 lovelies!


Assalamualaikum. Alhamdulillah, another bless day has arrived. May your page 1 of 365, 2020 will be awesome as yourself :)

Ahh-mazing Surah al-Fatihah

SURAH  AL-FATIHAH    diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat.  Surah ini disebut  al-Fatihah  (pembukaan) kerana surah ini adalah pe...